Monday, December 13, 2010

My Welcome Speech For The Harap Learning Centre Party

Salam sejahtera dan selamat tengah hari kepada yang dihormati Dr Wong Fort Pin, pemimpin pusat Harap Bukit Baru, Melaka, Ps RM Richard, Ps Joanne, Puan Ooi Piek See and hadirin-hadirat sekalian,

Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan puan untuk meraikan jamuan makan sempena pembukaan Pusat Harap Bukit Baru, Melaka yang terulung bersama kami.

Pusat Harap Bukit Baru bermula daripada inisiatif dan titik peluh Dr Wong Fort Ping. Beliau telah lama mengoperasikan sebuah klinik di Pangsapuri Seri Siantan. Melalui klinik ini beliau mengenali dan mengasihi penduduk-penduduk sekitar kawasan ini terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik yang dikasihi bagaikan anak sendiri. Visi dan harapan beliau adalah untuk membantu keluarga-keluarga yang kurang mampu untuk memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga mereka supaya mereka dapat berdikari and keluar daripada kitaran kemiskinan ini. Salah satu daripada caranya adalah memberikan kemahiran pra-sekolah kepada anak-anak tersebut supaya mereka mempunyai kamahiran yang setara dengan anak-anak Malaysia yang lain ketika bersekolah. Ini akan meminimakan peluang untuk anak-anak ini putus sekolah di hari kelak. Moto kami adalah memusnahkan kitaran kemiskinan melalui pendidikan.

Kami amat berterima kasih kepada Dr Peggy Wong dan Living Hope kerana bersetuju untuk berganding tangan dengan Pusat Harap dalam usaha membantu kanak-kanak tersebut di Melaka ini. Living Hope telah menyumbangkan buku-buku dan alat-alat permainan untuk perpustakaan Pusat Harap kami.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gereja City Community kerana mereka telah menyediakan seratus kotak hadiah untuk disampaikan kepada kanak-kanak hari ini.

Mari kita bersama memberi kasih sayang dan harapan kepada anak-anak ini agar mereka tahu bahawa adanya kita yang mengasihi mereka.

Dengan ini, saya ingin mengalukan kedatangan saudara-saudari ke majlis ini.

2 comments:

Unknown said...

Hi there,

Been enjoying your blogs update especially on those project initiatives done by the EFC n Leadership group as well as the Authentic Manhood.

If you wanted to know more about Authentic Manhood, pls feel free to connect with me.

Keep it up n may the Lord's blessings be with you always!

Cheers,
Ray @ AM KL/PJ
Coordinator

Michan said...

Hi, Bro Ray,

Happy New Year and thanks for your comment. I've attended AM class in Melaka once as you may read in one of my entries about EFC. And I've linked my blog to Men's Fraternity. Hopefully one day there'll be a gathering of AM and BOTM from all over Malaysia. God bless!

Regards,
Lim Lee Sah